Glosari Baccarat

Senarai Perkataan Yang Paling Kerap Digunakan Dalam Baccarat – Pelajari Istilah Kasino dan Menang

Glosari BaccaratUntuk bermain Baccarat seperti pro, anda perlu tahu, bukan sahaja peraturan permainan, stetapi juga perlu mengetahui istilah permainan agar anda boleh bersaing dengan permainan dan tidak akan pernah bingung ketika bermain. Bahasa Inggeris mungkin bahasa ibunda anda tetapi apabila tiba masanya untuk bermain, anda mungkin bingung tentang mengapa semua orang bersorak untuk La Grande. Di bawah, anda akan melihat penjelasan mengenai istilah kasino yang anda perlu ketahui sebelum anda mula bermain Baccarat.

Action (Aksi): Istilah perjudian generik digunakan untuk menggambarkan jumlah wang yang diletakkan oleh pemain dalam sesi pertaruhan penuh. Ia juga boleh digunakan untuk menerangkan perihal taruhan dalam permainan.
Baccarat: Tangan kad terburuk dalam Baccarat. Nama permainan bermaksud sifar dalam bahasa Itali dan menggambarkan tangan kad dengan nilai sifar – 10, Raja, Ratu, dan Jack.
Banco: Perkataan Sepanyol menggambarkan bank atau banker. Dalam permainan Baccarat, ia merujuk kepada pemain yang memegang shoe dan mengedarkan kad.
Banco Prime: Kelebihan pemain yang paling hampir ke kanan dealer untuk meletakkan taruhan yang padan dengan jumlah yang diletakkan oleh bank, sekiranya lebih dari satu pemain menggelarkan banco.
Banker Bet (Taruhan Banker): Salah satu daripada tiga taruhan yang anda boleh pilih dalam Baccarat. Ianya cuma pilihan taruhan dan tidak mewakili kasino atau orang yang mengedarkan kad dari shoe. Pembayarannya ialah 1: 1 tetapi terdapat komisen 5% yang akan ditolak jika ianya menang. Sesetengah pakar mendakwa bahawa pertaruhan Banker adalah taruhan terbaik dari segi kemungkinan pada 45.843% berbanding dengan 44.615% untuk taruhan Pemain. Banker juga boleh merujuk kepada staf kasino yang menyelia permainan, memegang shoe, mengedarkan kad, dan memastikan permainan sentiasa lancar.
Banque: Versi baccarat dimainkan dengan dua meja bersambung. Banker duduk di tengah dan bermain dengan satu taruhan melawan dua taruhan Pemain, iaitu satu di setiap meja. Ianya popular di kasino seluruh Eropah, namun bukan di kasino Amerika. Terjemahan terus Baccarat en Banque adalah “Kosng Di Bank”.
Bankroll (Modal Taruhan): Jumlah wang pemain yang ingin diperuntukkan untuk berjudi.
Burning (Buang Kad): Sebaik sahaja kad dikocak can sebelum permainan baru dimulakan, tiga hingga enam kad teratas dibuang.

Caller (Pemanggil): Staf kasino yang membalikkan kad, mengumumkan mata, dan mengedarkan kad tambahan mengikut peraturan kad ketiga dalam Baccarat.
Carte: Perkataan Perancis bermaksud “Pukul Saya” dan digunakan untuk meminta kad lain daripada dealer.
Chemin De Fer: Satu variasi Baccarat, yang sering disebut sebagai Baccarat Eropah. Chemin de Fer adalah frasa Perancis yang bermaksud “kereta api” atau “jalan kereta api”. Ia adalah versi di mana shoe dengan kad bergerak di atas meja, sepertimana namanya. Dalam versi ini, seorang pemain akan mengedarkan kad dan menerima taruhan serta bertindak sebagai bank. Versi permainan ini popular di Eropah, khususnya kasino sebenar Perancis dan jarang dimainkan di kasino Amerika atau dalam talian.
Cheval: Bahasa Perancis bermaksud “seberang”. Bergantung kepada jenis permainan, taruhan “cheval” dimenangi jika kedua-dua pemain aktif memenangi taruhan. Taruhan dikira kalah jika kedua-dua pemain kalah, dan jika seorang pemain menang dan yang lainnya kalah, ini dikira sebagai pemutus, dan taruhan “cheval” akan kekal. Sesetengah permainan Baccarat membenarkan taruhan “cheval” oleh seorang pemain yang mempunyai dua tangan kad. Sekiranya pemain memenangi kedua-dua tangan, mereka memenangi taruhan “cheval” dan pusingan itu dimenangi oleh mereka. Jika hanya satu tangan kad yang menang, ia dikira seri.
Cheques (Cek): Di kasino sebenar, Baccarat dimainkan dengan cip istimewa atau cek.
Commission (Komisyen): Walaupun Baccarat mempunyai kelebihan kasino yang sangat rendah untuk taruhan Pemain dan Banker, taruhan Banker dianggap lebih bermanfaat bagi pemain kerana ianya mempunyai peluang menang 45.86%, sementara taruhan Pemain hanya 44.62%. Walau bagaimanapun, taruhan Banker mempunyai komisen 5%. Contohnya, jika taruhan anda adalah $ 5, untuk pembayaran 1: 1, jika anda menang, jumlahnya adalah $ 10. Komisyen 5% akan ditolak – dalam kes ini $ 0.5, maka jumlah kemenangan sebenar adalah $ 9.5. Ada kasino yang menurunkan komisyen kepada 4%. Terdapat juga permainan Baccarat tanpa komisyen. Walau bagaimanapun, permainan ini akan menggunakan cara lain untuk mengimbangi jumlah komisyen, seperti dengan membayar kemungkinan 2: 1 pada taruhan Banker atau 0.5: 1 kemungkinan (membayar $ 1 untuk taruhan $ 2) jika Banker menang dengan jumlah tertentu, misalnya 8 atau 6.
Coup: Istilah Perancis yang digunakan untuk menggambarkan pusingan baccarat, di mana satu tangan kad Banker dan satu tangan kad Pemain diedarkan.
Croupier: Istilah Perancis untuk dealer
Cut (Belah Kad): Membelah kad bermaksud membahagikan dek kad kepada dua selepas kad telah dikocak. Biasanya, dealer akan mengocak kas dan meletakkanannya menghadap meja dan meminta pemain – biasanya ke sebelah kanan mereka – untuk memotong kad dengan mengambil sejumlah kad dari bahagian atas dan meletakkannya di atas meja. Biasanya, dealer akan meletakkan baki kad di atas kad yang dibelah tadi untuk menyempurnakannya. Dalam beberapa versi Baccarat, pemain dibenarkan untuk mengocak, membelah dan mengedarkan kad. memotong, dan menangani kad. Dalam permainan taruhan tinggi, orang yang meletakkan taruhan terbesar pada tangan kad Pemain diberi peluang untuk memotong kad.
Cut Card (Kad Pembelah): Kad plastik khas (kira-kira saiz kad terup dan berwarna pejal) yang digunakan untuk membelah dek apabila kad telah dikocak. Seorang pemain memasukkan kad ini ke dalam dek dan dealer akan membelah dek, mengikut kedudukan kad. Kad ini akan diletakkan dalam shoe.

Dealer: Dalam permainan Baccarat, dealer boleh dipilih dari kalangan pemain atau merupakan staf kasino. Mereka bertanggungjawab untuk mengedarkan kad, mengambil kad tambahan untuk tangan kad Pemain dan Banker, dan biasanya memastikan permainan berjalan dengan lancar. Dalam beberapa versi Baccarat, para pemain bergiliran menjadi dealer. Di beberapa meja seperti Baccarat en Banque, anda akan melihat dua orang dealer
Deux Tableau: Nama lain bagi Baccarat en Banque.
Discard Tray (Kad Terbuang): Apabila ada sebab tertentu, contohnya “kad dibakar” sebelum berurusan, kad itu dibuang, dan ia akan diletakkan dalam ruangan kad terbuang.
Down Card: Kad menghadap ke bawah. Juga dipanggil hole card.
Dragon Bonus: Taruhan sampingan yang popular dalam Baccarat, di mana pemain tidak hanya meletakkan taruhan pada Pemain atau Banker tetapi juga dapat bertaruh pada jumlah mata bagi tangan yang akan menang. Dragon Bonus dibayar jika tangan kad tersebut mennag dengan jumlah semulajadi (lapan atau sembilan) atau jika marginnya melebihi empat mata.
Edge Sorting (Pengenalpastian Kad): Teknik yang membolehkan anda mengenalpasti nilai kad berdasarkan perbezaan kecil pada corak di belakang kad akibat proses penghasilannya. Walaupun sesetengah kasino menganggapnya penipuan, ramai pemain tidak akan tertangkap kerana menjadi tanggungjawab kasino untuk memastikan konsistensi kad. Pengenalpastian kad tidak boleh digunakan di Baccarat dalam talian.

Face Cards (Kad Tinggi): Kad yang mempunyai potret di atasnya dipanggil kad tinggi. Ini adalah Jack, Ratu atau Raja dari mana-mana sut.
Fading (Lenyap): Istilah yang digunakan untuk meletakkan taruhan melawan seseorang. Dalam pertaruhan sukan, ia merujuk kepada taruhan terhadap bettor yang tidak berjaya dan dalam permainan dadu terbuka, ia digunakan untuk merujuk kepada taruhan terhadap orang yang membuang dadu. Dalam Baccarat, ini hanya boleh digunapakai di kasino sebenar.
Taruhan Mendatar: Bertaruh jumlah yang sama, tidak kira jika tangan itu menang atau kalah.

Pusingan Menang/Kalah Taruhan Keputusan
1 Menang $1 + $1
2 Menang $1 + $2
3 Menang $1 + $3
4 Kalah $1 + $2
5 Kalah $1 + $1
6 Kalah $1 0

*Contoh Taruhan Mendatar

Hand (Tangan Kad): Kad-kad yang diedarkan dan dimainkan dalam satu pusingan Baccarat.
High Roller (Penaruh Tinggi): Seorang pemain yang bermain dengan taruhan yang tinggi.
House Edge (Kelebihan Kasino): Margin tetap yang memberikan keuntungan kepada kasino tanpa mengira keputusan dalam setiap pusingan. Kelebihan kasino akhirnya akan mengahabiskan modal taruhan anda kerana ia mewakili perbezaan antara peluang sebenar kemenangan tangan kad dan kadar pulangan kepada pemain yang ditawarkan oleh kasino apabila tangan itu menang, yang biasanya akan lebih rendah.

Ladderman: Salah satu daripada tiga dealer yang bertanggungjawab menguruskan permainan Baccarat.
La Grande: Bahasa Perancis – bermaksud “Yang Besar” – jumlah sembilan semulajadi dan adalah tangan terbaik Baccarat.
La Petite: Tangan kedua terbaik Baccarat, dengan jumlah semulajdi lapan.
Layout (Susun Atur): Susun atur meja Baccarat yang merangkumi satu siri kotak dan kawasan meletakkan taruhan yang ditetapkan untuk penjudi – Pemain, Banker, atau Seri. Terdapat juga bahagian untuk kad yang diedarkan bagi tangan kad tertentu.
Taruhan Risiko: Disebabkan kelebihan kasino yang tinggi, taruhan melawan bank dikenali sebagai taruhan risiko.
Match Play (Main Berganda) Bonus match play digunakan oleh kasino untuk memberi insentif kepada pemain untuk bertaruh. Bonus ini hanya boleh digunakan sekali dan boleh digunakan dalam permainan yang menerima taruhan wang tunai rata. Bergantung kepada peraturan kasino, Baccarat dianggap sebagai permainan taruhan wang tunai rata dan pemain boleh memanfaatkan bonus match play dan mendapat bayaran dua kali ganda tanpa perlu menggandakan taruhan.
Mini Baccarat: Versi kecil Baccarat biasa, mejanya mirip dengan meja Blackjack dan boleh memuatkan sehingga tujuh pemain dan satu dealer. Versi mini permainan ini juga menawarkan had taruhan meja yang lebih rendah dan permainan pantas. Dalam versi dalam talian Mini Baccarat, dealer akan mengambil kad menghadap ke atas tetapi di kasino sebenar, ia akan menghadap ke bawah.
mini baccarat
Monkey (Monyet): Istilah yang digunakan untuk kad bernilai 10 – kad tinggi atau sepuluh.
Muck: Lapan dek kad yang mengandungi 52 kad dan digunakan pada permulaan permainan sebelum kad dikocak.

Natural (Senulajadi): Apabila dua kad yang mula-mula diedarkan berjumlah sama ada lapan atau sembilan. Lapan semulajadi adalah tangan kad yang menang dan akan mengakhiri pusingan secara automatik melainkan tangan kad yang lain adalah sembilan semulajadi – tangan terbaik dalam Baccarat.

Palette: Alat kayu panjang yang digunakan oleh para dealer untuk menggerakkan kad di sekeliling meja semasa permainan Baccarat.
Pass: Kemenangan dalam permainan.
Pit (Ruangan Istimewa): Kawasan eksklusif kasino, dipisahkan dengan tali merah di mana penaruh tinggi bermain Baccarat dengan taruhan tinggi.
Player (Taruhan Pemain): Istilah ini boleh menyebabkan banyak kekeliruan terutama bagi pemain baru kerana mereka biasanya mengaitkannya dengan orang yang menyertai permainan. Walau bagaimanapun, ini adalah salah satu daripada tiga jenis pertaruhan yang ada dalam Baccarat, bersama dengan Banker dan Seri. Taruhan Pemain bertentangan dengan Taruhan Banker, dan para pemain akan memilih untuk bertaruh pada Banker atau Pemain atau memilih Seri. Taruhan Pemain membayar 1: 1 dan kelebihan kasino yang sedikit lebih daripada 1%.
Punto: Bahasa Sepanyol – bermaksud pemain.
Punto Banco: Punto Banco adalah salah satu variasi Baccarat yang dimainkan secara meluas di seluruh dunia. Ia tercipta pada 1950-an di Argentina, bergerak ke Cuba dan kemudian ke Amerika Syarikat. Istilah ini diterjemahkan sebagai Pemain & Banker.
Push (Tolak): Taruhan yang tidak dikira menang atau kalah. Seperti dalam Blackjack, jumlah taruhan akan dibawa ke pusingan seterusnya.

Railroad (Jalan Keretapi): Satu lagi versi Baccarat yang biasanya dikenali dengan terjemahan Perancisnya Chemin de Fer. Ia sangat popular di Perancis pada akhir abad ke-19. Apabila ia diperkenalkan ke Amerika Syarikat, ia dipanggil Chemmy.
Run (Taruhan Siri): Pilihan taruhan sampingan yang membolehkan para pemain bertaruh pada satu siri tangan kad.

Shills: Staf kasino, biasanya wanita muda yang menambah daya tarikan kepada permainan. Amalan menggunakan shills untuk memikat pemain Baccarat digunakan pada separuh kedua abad ke- 20 di kasino di Las Vegas.
Shoe: Mesin automatik yang digunakan dalam Baccarat untuk mengelakkan kesilapan berpunca dari faktor manusia dalam urusan manual. Shoe mengandungi enam atau lapan dek. Ia digunakan di kasino sebenar dan dalam talian.
Shooter (Penembak): Istilah yang merujuk kepada Bank.
Shuffle Up (Kocak Awal): Istilah yang merujuk kepada kocakan awal kad oleh dealer.
Skill: Jenaka dari pemain yang menang secara berturut.
Standoff (Pemutus): stilah yang menggambarkan keputusan pusingan dengan kedua-dua tangan kad Pemain dan Banker mempunyai nilai yang sama atau Seri
Streak (Turutan): Jika anda mempunyai turutan, anda dikatakan mendapat keputusan yang sama berturut-turut, biar menang atau kalah.
Super Pan Nine: Variasi Baccarat yang popular di kasino poker di Los Angeles. Semua pemain diberikan tiga kad menghadap ke bawah, yang akan dikira seperti dalam Baccarat. Salah satu pemain yang dilantik sebagai bank.
Table of Play (Peraturan Kad Ketiga): Peraturan yang menghuraikan jenis skor yang membolehkan pemain mengambil kad ketiga.
Tie (Seri): Selain Pemain dan Banker, taruhan Seri adalah salah satu daripada tiga pertaruhan yang ada dalam Baccarat. Sekiranya tangan kad seri, ini bermakna pemain dan banker akan mendapatkan jumlah taruhan mereka kembali. Taruhan Seri membayar 8: 1 atau 9: 1 dan mempunyai kelebihan kasino lebih daripada 14%.
Upcard (Kad Terbuka): Kad menghadap ke atas/pemain
Vigorish: Peratusan dari kemenangan pertaruhan yang diambil oleh kasino.
VIP: Akronim bagi “Very Important Person” atau orang yang sangat penting. Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada penaruh tinggi.

Selepas memperkayakan perbendaharaan kata anda dengan istilah Baccarat ini, mungkin anda memerlukan huraian pantas tentang peraturan asas dan ciri-ciri permainan ini? Lihat Panduan kami untuk mengetahui bagaimana untuk bermain permainan ini dan ketahui lebih lanjut mengenai asas-asasnya. Atau, anda boleh cuba memilih sistem pertaruhan yang sesuai dengan anda dan ingin mengambil pendekatan yang lebih rumit untuk bermain permainan Baccarat ini


Main sekarang
Back to Top